JTBC menerusi drama ‘Good Boy’ mencipta kejutan kuat dalam slot drama hujung minggu dengan tayangan sulung yang hebat.
Menurut Nielsen Korea pada 1 Jun, episod pertama Good Boy yang telah ditayangkan pada 31 Mei mencatatkan rating seluruh negara iaitu sebanyak 4.8 peratus berdasarkan isi rumah berbayar di kawasan metro Seoul, dan mencapai tontonan puncak 7.3 peratus secara minit ke minit.
Rekod tersebut melebihi episod ketiga tvN, Our Unwritten Seoul sebanyak 4.5 peratus yang bersiaran pada masa sama sebanyak 0.3 mata peratus, walaupun kurang 1.0 mata berbanding rating tayangan sulung drama terdahulu filem More Beautiful Than Heaven iaitu sebanyak 5.8 peratus yang dibintangi Son Suk Gu dan Kim Hye Ja.
Drama Good Boy bermula dengan premis unik, dibintangi oleh seorang atlet pingat Olimpik yang telah menjadi pegawai polis melawan kezaliman dan korupsi.
Barisan pelakon utama termasuk Park Bo Gum (Yoon Dong Joo), Kim So Hyun (Ji Han Na), Lee Sang Yi (Kim Jong Hyun), Heo Sung Tae (Go Man Shik) dan Tae Won Seok (Shin Jae Hong) membentuk pasukan ‘Goodvengers’ iaitu bekas atlet negara dalam sukan tinju, menembak, lawan padang, gusti dan lontar cakera.
Drama ini bukan sekadar memiliki aksi-aksi menarik, malah mendapat pujian kerana kedalaman emosi yang ditampilkan dalam filem tersebut.
Dalam wawancara, Park Bo Gum berkata, “Atlet pelbagai sukan bergabung untuk menegakkan keadilan,” dan memuji kerja pasukan produksi dari arah, pencahayaan hingga muzik sebagai sorotan utama. Kim So Hyun menambah, “Penonton akan rasa tenaga ‘baik’ dari semangat juang ‘Goodvengers’ melalui cabaran,” katanya kepada Allkpop. – Agensi
