Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Drama penalti lonjak Arsenal

    LONDON, 23 Jan – Arsenal yang beraksi dengan 10 pemain melonjak ke tangga kedua dalam carta Liga Perdana dengan kemenangan 2-1 ke atas Burnley di Stadium Emirates semalam yang menyaksikan kedua buah pasukan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada di masa kecederaan perlawanan.

    Arsenal mendahului kedudukan 1-0 menerusi jaringan pertama Shkodran Mustafi bagi kelab itu, namun di minit ketiga daripada tujuh minit masa kecederaan, pengadil perlawanan, Jonathan Moss, menghadiahkan sepakan penalti selepas Ashley Barnes dari Burnley dikasari dalam kawasan penalti oleh Francis Coquelin.

    Andre Gray menyudahkan sepakan penalti ke tengah gawang, dengan Petr Cech tidak dapat menghalang jaringan penyamaan itu meskipun bola terkena tangannya.

    Tetapi itu bukanlah penamat drama.

    Apabila Arsenal membuat hantaran ke dalam kotak penalti dengan serangan terakhir dalam perlawanan itu, Laurent Koscielny terkena kaki yang diangkat tinggi oleh Ben Mee ketika dia cuba menanduk masuk bola.

    Pemain Burnley, Ben Mee (kanan) mengangkat kakinya terlalu tinggi ke arah Laurent Koscielny yang mendorong kepada sepakan penalti dihadiahkan kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana di Stadium Emirates. - AP
    Pemain Burnley, Ben Mee (kanan) mengangkat kakinya terlalu tinggi ke arah Laurent Koscielny yang mendorong kepada sepakan penalti dihadiahkan kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana di Stadium Emirates. – AP

    carta

    Moss, ditengah–tengah kontroversi Koscielny dalam kedudukan ofsaid, sekali lagi menunjukkan tempat penalti dan Alexis Sanchez, yang menunjukkan ketenangan dalam situasi itu, melakukan sepakan tenang berbanding merembat kencang bola ke tengah gawang.

    Ia seolah-olah satu lagi petang yang mengecewakan bagi pasukan kendalian Arsene Wenger ketika mereka melepaskan beberapa peluang menentang Burnley.

    Mustafi memecahkan kebuntuan pada minit ke-59 apabila menanduk masuk sepakan sudut dari pemain antarabangsa senegara dari Jerman, Mesut Ozil.

    Arsenal terpaksa beraksi 25 minit terakhir dengan 10 pemain selepas pemain midfield Granit Xhaka dilayangkan kad merah kerana cabaran keras ke atas Steven Defour. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda