Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Drama TV pertama kali ditayangkan semula di Afghanistan

    KABUL – Buat pertama kali sejak Taliban mengambil alih kuasa di Afghanistan dan pemindahan tentera pimpinan AS, sebuah drama TV telah ditayangkan baru-baru ini sebagai tanda mempromosikan industri pawagam di negara yang dilanda perang itu.

    Tayangan itu telah menimbulkan harapan di kalangan penggiat pawagam bahawa industri filem boleh dibangunkan di bawah pentadbiran pimpinan Taliban.

    “Setakat ini, kami tidak menghadapi masalah dalam penggambaran dan penyediaan siri, dan saya berharap keadaan akan bertambah baik untuk bekerja lebih baik di lapangan,” kata seorang pelakon kepada Xinhua.

    Surkh Sali, yang bermaksud Tahun Merah, menceritakan kisah cinta tiga personaliti dalam era kontemporari Afghanistan, dengan sedutannya ditayangkan di skrin pawagam di pinggir barat bandar Kabul beberapa hari lalu.

    Dalam majlis treler bersiri yang dihadiri oleh 15 pelakon filem, penonton memuji drama TV itu, berharap siri itu boleh sampai ke saluran televisyen tempatan dan skrin mini.

    Orang ramai menonton drama TV pertama yang ditayangkan sejak pengambilalihan kuasa Taliban di Afghanistan. – Xinhua

    Satayesh Atae, yang menghadiri majlis itu, memberitahu Xinhua bahawa dia percaya kebenaran penggambaran siri TV itu adalah satu langkah ke arah membangunkan budaya pawagam di negara itu.

    Seperti institusi negara lain, industri pawagam dan filem Afghanistan telah terjejas teruk akibat perang selama lebih empat dekad.

    Walaupun terdapat sebahagian pawagam di bandar-bandar Afghanistan termasuk Kabul, tidak ada tayangan filem tempatan atau asing, dengan saluran televisyen biasanya menyiarkan siri terbitan Turki dan Iran.

    Zabihullah Mujahid, timbalan menteri penerangan dan budaya kerajaan sementara pimpinan Taliban, menggesa pembikin filem untuk menghasilkan filem berdasarkan nilai ajaran Islam dan budaya Afghanistan.

    Mujahid membuat kenyataan itu pada majlis tayangan dua dokumentari pertama yang dibuat oleh pembikin filem Afghanistan dan dipaparkan oleh syarikat penerbitan filem kerajaan, Afghan Film Ahad lalu.

    “Pawagam dan filem tayangan mempunyai peranan penting dalam meningkatkan masyarakat, pembinaan semula dan pengenalannya,” kata Hamayon Sakhani, seorang pelakon filem.

    Beliau juga berkata pawagam di Afghanistan telah terjejas teruk dan pemulihannya kurang mendapat pelaburan meskipun masyarakat amat memerlukannya pada bila-bila masa sahaja. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...