Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Draper mara ke final, tundukkan juara Alcaraz

    INDIAN WELLS, 16 MAC — Jack Draper menumbangkan juara bertahan dua kali, Carlos Alcaraz dengan mata 6-1, 0-6, 6-4 untuk mara ke final Terbuka BNP Paribas, kelmarin.

    Draper pilihan ke-13 akan menentang pilihan ke-12 Holger Rune setelah Rune menewaskan pemain pilihan kelima Daniil Medvedev 7-6, 6-4 pada separuh akhir pertama untuk kemenangan ke-150 peringkat jelajahnya.

    Draper menamatkan rentak kemenangan 16 perlawanan Alcaraz dalam acara ATP Masters 1000 di padang California.

    Pemain kidal Inggeris berusia 23 tahun itu yang bakal mencecah 10 teratas dunia buat kali pertama, telah menang tahun lalu di Vienna dan Stuttgart untuk gelaran jelajah tunggalnya.

    “Sejujurnya ia adalah perlawanan yang pelik,” kata Draper “Permainan Carlos sedikit mendatar, saya dapat rasa. Saya mempunyai peluang dalam perlawanan pertama perlawanan kedua dan dia menghasilkan ace. Apa yang berlaku kepadanya (pernah) berlaku kepada saya, saya sukar bermain, saya menjadi lemah.

    “Menentang pemain terbaik dunia, mereka boleh mengubah momentum mereka dengan sangat pantas. Saya tergamam selama 25 minit, tetapi pada set ketiga, saya benar-benar berbangga dengan daya saing saya, sikap saya dan entah bagaimana saya berjaya.”

    Alcaraz, pilihan kedua, terlepas peluang untuk menjadi pemain termuda memenangi tiga gelaran perseorangan berturut-turut di mana-mana acara Jelajah ATP termasuk hampir memburu yang ketiga di Indian Wells.

    Bintang Sepanyol berusia 21 tahun itu telah menang di Rotterdam pada Februari untuk gelaran Jelajah ATP yang ke-17. – AP

    Aksi Jack Draper membalas pukulan Carlos Alcaraz semasa perlawanan separuh akhir di kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas kelmarin di Indian Wells, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda