Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

     ‘Dream Girl’ India dikritik, penduduk Mumbai berlebihan

    NEW DELHI – Pelakon dan anggota politik India, Hema Malini memulakan kerjayanya dalam tahun 1960-an dan menjadi bintang terkenal pada 1970-an.

    Beliau dikenali sebagai ‘Dream Girl’ India selepas berlakon dalam filem dengan tajuk sama.  Impiannya menjadi kenyataan di Mumbai, dahulunya dikenali Bombay yang diibaratkan sebagai Tinseltown bagi India.

    Baru-baru ini, beliau adalah anggota parlimen dari parti yang memerintah Bharatiya Janata Party (BJP). Malini belum lagi mengecap kemasyhuran dalam politik namun beliau memang terkenal kerana kerjaya Bollywoodnya.

    Pada tahun-tahun yang menyaksikan Malini mencapai kemuncak popularitinya, Mumbai juga mencapai peningkatan luar biasa sebagai kota hiburan, pusat kewangan, gedung perniagaan-perniagaan besar dan hab untuk perdagangan luar negeri.

    Mumbai menjadi bandar raya pilihan bagi golongan muda India yang bercita-cita tinggi yang ingin menempah kejayaan. Sama ada yang ingin menjadi pelakon, pekerja berkemahiran atau tanpa kemahiran, usahawan, artis, yang sofistikated dan sebaliknya, bandar raya berkenaan menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat.

    Mumbai menjadi bandar raya pilihan bagi golongan muda India yang bercita-cita tinggi dan ingin menempah kejayaan sama ada yang ingin menjadi pelakon, pekerja berkemahiran atau tanpa kemahiran, usahawan, artis, yang sofistikated dan sebaliknya.
    Hema Malini, dikenali sebagai ‘Dream Girl’ India selepas berlakon dalam filem dengan tajuk sama, baru-baru ini telah menjadi ang-gota parlimen dari parti yang me-merintah Bharatiya Janata Party (BJP). Malini belum lagi mengecap kemasyhuran dalam politik namun beliau memang terkenal kerana kerjaya Bollywoodnya. – Gambar hiasan

    Jadi, tidak menghairankan apabila kenyataan Malini pada minggu lepas agar menyekat penghijrahan orang ramai daripada berpindah ke bandar mega itu menarik perhatian meluas pelbagai media sosial.

    Malini, kini 69 tahun, dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berbahasa Tamil di Ammankudi, Tamil Nadu dan ramai yang menyatakan bahawa beliau sendiri juga adalah seorang pendatang ke bandar itu.

    Beliau membuat kenyataan berkenaan berikutan satu kebakaran yang membunuh 14 orang di sebuah pusat komersial terkemuka yang dikenali sebagai Kamala Mills pada 28 Disember lalu.

    Ditanya mengapa berlaku rempuhan dan kebakaran di bandar itu, Malini berkata ia berpunca daripada ‘terlalu ramai’ penduduk.

    “Penduduk terlalu ramai, kota ini berkembang dengan sangat pesat. Ia tidak dapat dikawal. Perlu menyekat penghijrahan penduduk ke bandar ini.  Setiap bandar perlu mempunyai jumlah penduduk yang tertentu, mengehadkan jumlahnya, setelah itu tidak dibenarkan masuk lagi.  Kemudian biarkan mereka pergi ke bandar lain,” kata Malini.

    Kenyataannya itu mencetus pelbagai kritikan, dengan sesetengah pihak berkata bahawa beliau sepatutnya menekankan mengenai ketidakcekapan pentadbiran bandar dan bukan perihal kependudukan.

    Mumbai adalah ibukota Maharashtra yang diperintah oleh BJP dan perbandarannya pula di bawah bidang kuasa persekutuan nasionalis Hindu BJP dan parti Shiv Sena serantau.

    Malini ada membuat kenyataan berkenaa berikutan satu kebakaran yang membunuh 14 orang di sebuah pusat komersial terkemuka yang dikenali sebagai Kamala Mills pada 28 Disember lalu. Ditanya mengapa berlaku rempuhan dan kebakaran di bandar itu, Malini berkata ia berpunca daripada ‘terlalu ramai’ penduduk.
    Mumbai dihuni oleh lebih 18 juta penduduk, majoritinya tinggal di kawasan dan kejiranan yang sesak. – Gambar hiasan

    “Hema Malini adalah antitesis gadis impian,” kata individu di Twitter.

    “Saya tidak faham akan hubung kait antara kebakaran di sebuah restoran dan jumlah penduduk sesebuah bandar,” kata seorang lagi.

    Ramai yang berpendapat bahawa komen beliau itu tidak wajar dan tidak bijak. Ada yang meminta beliau berpindah ke Mathura, kawasan yang diwakilinya di Uttar Pradesh.

    Kebakaran itu juga mencetuskan perdebatan mengenai kemerosotan Mumbai sebagai hab komersial dalam tiga dekad yang lepas.

    “Suatu ketika dahulu bandar kosmopolitan hebat ini sangat ternama di seluruh dunia … ia telah menyusut menjadi mimpi buruk infrastruktur bandar,” kata Sanjay Jha, jurucakap parti Kongres.

    Kedua-duanya, BJP dan Shiv Sena berkongsi memerintah di perbandaran  itu dan “sama-sama bersalah”,  kata Milind Deora, bekas menteri persekutuan India.

    “Kenapa menjanjikan Smart Cities sedangkan perkara-perkara asas pun tidak mampu diperbetulkan?” beliau bertanya merujuk kepada cita-cita kerajaan India untuk menaik taraf 100 bandar pada tahun 2020 dengan ciri-ciri seperti bekalan elektrik dan air tanpa gangguan, pengangkutan awam yang cekap dan infrastruktur berteknologi tinggi.

    Mumbai dihuni lebih 18 juta penduduk, majoritinya tinggal di kawasan dan kejiranan yang sesak.

    Kira-kira satu pertiga daripada 1.3 bilion penduduk India tinggal di bandar dan pembangunannya sangat pesat, yang mungkin menyebabkan jumlah penduduk bandar-bandar mega ini semakin bertambah dan keadaan semakin sesak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda