Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Drew Barrymore belum sedia cari pengganti

    PELAKON Drew Barrymore memberitahu dia masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya apabila perkahwinannya dengan bekas suami, Will Kopelman musnah pada tahun lalu.

    Drew, 41, berkata, dia juga belum bersedia untuk mencari pengganti lelaki berkenaan kerana ingin memberi tumpuan kepada diri sendiri dan anak-anaknya.

    “Saya tidak ada sesiapa buat masa ini dan masih terlalu awal untuk bercakap tentang pengganti kerana saya sendiri masih dalam keadaan terkejut.

    Drew Barrymore dan Will Kopelman berpisah selepas hanya empat tahun berkahwin.
    Drew Barrymore dan Will Kopelman berpisah selepas hanya empat tahun berkahwin.

    “Dalam soal ini saya perlukan masa dan paling penting ketika ini adalah fokus kepada diri sendiri dan anak-anak,” katanya seperti dilaporkan People.

    Drew dan Will berkahwin pada 2012 dan mengumumkan perpisahan mereka pada April tahun lalu manakala proses perceraian mereka selesai pada Ogos 2016.

    Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Olive, 4 dan Frankie, 2 tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda