Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dron ATMO boleh berubah bentuk di udara

    CALIFORNIA, 13 JUN – Sekumpulan penyelidik dari Institut Teknologi California (Caltech) berjaya membangunkan dron inovatif yang boleh bertukar bentuk di udara sebelum mendarat, satu pencapaian yang telah lama menjadi cabaran dalam industri aeroangkasa.

    Dinamakan ATMO (aerially transforming morphobot), dron berkenaan direka oleh Mory Gharib dan Loannis Mandralis, yang membolehkan peranti itu berubah dari mod penerbangan ke mod pemanduan secara lancar, tanpa perlu mendarat terlebih dahulu.

    Menurut laporan Oddity Central, perubahan bentuk di udara itu amat penting kerana permukaan tanah yang tidak rata atau sukar diramal boleh mengganggu sistem transformasi jika dilakukan selepas mendarat. Menariknya, pelindung bulat pada keempat-empat pendorong (thruster) dron itu turut berfungsi sebagai roda ketika dalam mod pemanduan.

    “Kami membina sistem robotik baharu yang diilhamkan oleh alam semula jadi cara haiwan menyesuaikan bentuk tubuh mereka untuk bergerak dalam pelbagai cara,” kata Mandralis, pelajar siswazah dalam bidang aeroangkasa di Caltech.

    Sistem ATMO digerakkan oleh satu motor yang menggerakkan sendi tengah untuk mengubah kedudukan pendorong sama ada untuk terbang atau bergerak di darat.

    Namun menurut pasukan kejuruteraan tersebut, proses itu jauh lebih kompleks daripada yang disangka kerana mereka perlu mengatasi kuasa aerodinamik yang rumit serta ketidakstabilan semasa perubahan kedudukan pendorong di udara. – Agensi

    Dron ATMO ciptaan Mory Gharib dan Loannis Mandralis boleh bertukar dari mod terbang ke mod pemanduan tanpa perlu mendarat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda