Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dron kapal selam yang ditemui dalam jagaan Tentera Laut Filipina

    MANILA, 2 JAN – Angkatan Tentera Filipina (AFP) hari ini mengesahkan bahawa Tentera Laut Filipina (PN) telah mengambil alih jagaan dron kapal selam yang ditemukan oleh nelayan tempatan di perairan wilayah Masbate, lapor agensi berita Filipina (PNA).

    Menurut laporan, Rodnie Valenzuela, 30, bersama rakan-rakannya sedang menangkap ikan di perairan Barangay Iniwaran di bandar San Pascual sekitar 6 pagi pada 30 Disember apabila mereka menemukan dron itu.

    Para nelayan segera menyerahkan dron itu kepada pihak polis tempatan.

    AFP mengesahkan penyerahan dron kapal selam itu daripada PNP (Polis Negara Filipina) kepada PN. Dron itu ditemukan di sekitar San Pascual, Masbate oleh nelayan tempatan. Tentera Laut kini menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan asal usul dan tujuannya,” kata Ketua Pejabat Hal Ehwal Awam AFP Kol Xerxes Trinidad, dalam satu mesej kepada wartawan.

    Beliau menambah bahawa insiden itu menekankan kepentingan kerjasama dengan nelayan tempatan dan pihak berkepentingan maritim.

    “Kami memuji kewaspadaan mereka dan sokongan berterusan dalam melaporkan aktiviti mencurigakan serta menggalakkan kerjasama berterusan untuk memastikan pemantauan yang berkesan terhadap perairan wilayah kita,” kata Trinidad.

    Beliau turut menyatakan komitmen AFP untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan maritim negara serta akan mengerahkan segala sumber yang diperlukan untuk menangani situasi serupa dan lain-lain dengan penuh ketelitian. – Bernama

    Gambar edaran Polis Nasional Filipina Wilayah Bicol menunjukkan sebuah dron kapal selam yang disyaki milik China ditemui oleh nelayan di luar pantai San Pascual, wilayah Masbate, Filipina. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda