WASHINGTON, 18 DIS – Presiden Amerika Syarikat Joe Biden buat kali pertama kali memberikan ulasan terbuka mengenai dron misteri yang dilihat terbang di langit New Jersey dan negeri-negeri lain di timur laut, dengan menyatakan tiada unsur ‘jahat’ berkaitan dengannya, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Tiada apa-apa yang jahat, nampaknya,” kata Biden kepada wartawan di Rumah Putih.
Terdapat beberapa laporan dibuat mengenai dron dilihat di negeri-negeri Pantai Timur seperti New Jersey, New York, Maryland dan Florida sejak pertengahan November, menurut laporan NBC News.
Ruang udara pangkalan Kor Marin AS, Camp Pendleton, di California juga beberapa kali dicerobohi oleh dron yang tidak diketahui asal usulnya, lapor laman berita War Zone kelmarin, memetik wakil pangkalan itu. – Bernama