RIYADH, 5 OGOS – Pertahanan udara Saudi memintas dron pemberontak Yaman yang menyasarkan lapangan terbang awam hari ini, kata pasukan gabungan tentera yang diketuai Riyadh, ketika para pemberontak meningkatkan serangan rentas sempadan.
Pasukan gabungan dalam kenyataan yang disiarkan oleh media kerajaan Saudi, berkata serangan itu dilakukan ‘serentak’ namun tidak menjelaskan sasaran atau bilangan dron yang dipintas.
Televisyen Al-Masirah milik pemberontak Huthi yang bersepakat dengan Iran pada awalnya berkata dron mereka menyasarkan lapangan terbang awam di bandar-bandar selatan Abha dan Najran serta pangkalan udara King Khaled di Khamis Mushait.
Serangan itu muncul beberapa hari selepas pemberontak melaksanakan serangan maut ke atas kem latihan keselamatan berhampiran bandar kedua Aden yang ditawan kerajaan Yaman.
Para pemberontak berkata mereka melancarkan dron dan peluru berpandu balistik di kem itu. – AFP