Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dron, robot ‘ular’ dihantar ke loji Fukushima

    TOKYO, 29 FEB – Jepun hari ini menghantar dua dron mini dan ‘robot berbentuk ular’ ke dalam salah satu daripada tiga reaktor nuklear di loji Fukushima yang musnah akibat tsunami pada 2011, kata pengendali kemudahan itu.

    Alat itu digunakan sebagai persediaan untuk mengalihkan ratusan tan bahan api radioaktif dan runtuhan, di mana operasi berisiko itu dijangka mengambil masa beberapa puluh tahun.

    ‘Kami menghantar dua dron semalam dan dua dron hari ini,’ sebagai tambahan kepada ‘robot berbentuk ular’ hari ini, beritahu jurucakap Tokyo Electric Power (TEPCO) kepada AFP.

    Memandangkan bahagian dalamnya ‘sesak dan gelap,’ dron kecil itu ‘amat mudah dikendalikan dan mempunyai keupayaan fotografi yang dipertingkatkan,’ kata syarikat itu.

    “Robot seperti ular… menempatkan siaran komunikasi tanpa wayar supaya kami boleh menutup kawasan transmisi radio dengan betul yang membolehkan dron kecil dikendalikan,” kata satu kenyataan.

    Namun misi tersebut telah dihambat oleh gangguan teknikal, kata media tempatan termasuk penyiar awam NHK.

    Robot seperti ular itu ‘tidak dapat sampai’ ke destinasinya kerana kabelnya tidak berfungsi dengan baik, di mana penyambungan semula tidak dapat dilihat, kata Mainichi.

    Bahagian dalam bangunan reaktor terlalu radioaktif untuk dimasuki orang ramai, dan dron itu bertujuan memeriksa kawasan itu sebelum pembuangan bahan api dan runtuhan oleh robot. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda