BEIJING, 1 Mac – Generasi terbaru dron tempur China telah melakukan penerbangan sulungnya, dalam apa yang dikatakan pemajunya sebagai satu petanda negara itu semakin dekat dengan peneraju industri Amerika Syarikat.
Syarikat Industri Penerbangan China berkata dron yang digelar Wing Loong II yang terbang buat pertama kali pada Isnin lepas membawa 480 kilogram bom dan peluru berpandu.
Syarikat yang lebih dikenali dengan nama AVIC itu berkata dron itu memiliki kelebaran sayap 20.5 meter (67 kaki 3 inci), boleh kekal berada di udara selama 20 jam dan terbang pada ketinggian maksimum 9,000 meter (29,500 kaki).
Kedua-dua muatan dan ketinggian penerbangan Wing Loong amat sederhana jika dibandingkan dengan MQ-9 Reaper yang dimiliki tentera Amerika.
China telah mengeksport Wing Loong yang asal kepada beberapa negara. – AP
