Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    DSP tersungkur di BSRC

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – DSP United yang bertandang ke Kelab Rekreasi Brunei Shell hari ini terpaksa akur apabila tewas 2-0 kepada Pasukan BSRC bagi aksi Liga Perdana Brunei DST 2017.

    Meskipun tumpas, DSP United masih boleh menarik nafas lega kerana pasukan itu masih menguasai takhta liga berdasarkan kutipan mata hari ini.

    Setelah mengasak hampir keseluruhan separuh masa pertama perlawanan, BSRC akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-43 menerusi jaringan Marith Haji Mahari.

    Dengan jaringan pembukaan itu, BSRC semakin bersemangat dan terus mengasak kubu pertahanan DSP.

    Barisan pemain Pasukan BSRC yang berjaya menumpaskan DSP United dengan jaringan 2-0.
    Barisan pemain Pasukan BSRC yang berjaya menumpaskan DSP United dengan jaringan 2-0.

    Di separuh masa kedua, BSRC berjaya menggandakan kedudukan mereka menerusi jaringan Nurhazwan Khan Asmah Khan apabila beliau berjaya menewaskan penjaga gol DSP bagi memastikan pasukannya mengutip tiga mata penuh.

    Dengan keputusan itu, Pasukan BSRC naik ke tangga ketiga liga, di belakang Pasukan Rimba Stars FC dan dua mata di belakang pendahulu liga, BSRC.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda