Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – DST Group, hari ini, telah melancarkan pelan pakej telefon pintar Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di kesemua cawangannya di seluruh negara.
Pakej eksklusif berkenaan dilancarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 5 November 2017, kecuali cawangan Rimba dan Daerah Temburong yang akan diadakan pada 6 November 2017.
Pakej Bundle Pasca Bayar iPhone 8 dan iPhone 8 Plus itu menawarkan pelbagai langganan bulanan dan bayaran pendahuluan, seperti Apple iPhone 8 64GB dengan bayaran pendahuluan $440 digabungkan dengan langganan bulanan $85 selama 24 bulan dan pelanggan akan menerima data tempatan 9GB.
Selain pelan pasca bayar, pelanggan boleh memilih berdasarkan keutamaan mereka sama ada untuk membeli iPhone tanpa kontrak.
DST merupakan pengedar sah Apple dengan rangkaian 4G terbesar dan paling digemari di seluruh Negara.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P9-1A_041117.jpg)