Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    DST lancar pelan mobi dengan Samsung Note 20

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Datastream Digital Sdn Bhd (DST) secara rasmi-nya telah melancarkan Pakej Kontrak Pelan Mobi dengan Siri Samsung Galaxy Note 20 baharu di Ibu Pejabat DST, Tungku Link, Gadong, hari ini.

    Hadir dan seterusnya merasmikan acara tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Radin Sufri bin Radin Basiuni, bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha.

    Dengan Kontrak Pelan Mobi, para pelanggan berpeluang mendapatkan Siri Samsung Galaxy Note 20 terbaharu serendah $705 dan Samsung Galaxy Note 20 Ultra serendah $1,145 untuk bayaran pendahuluan jika mereka menggabungkan dengan Pelan Mobi 80.

    Pelan Mobi 80 merupakan pembayaran kontrak bulanan sebanyak $80, di mana para pelanggan bakal menikmati panggilan, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan data tanpa had, dengan kelajuan tidak lebih daripada 512bps setelah mencecah kuota 65gb. Walau bagaimanapun, pelanggan akan dapat terus melayari laman sesawang tanpa had dan tanpa caj tambahan.

    Menurut kenyataan DST, sejak awal bulan ini, Kontrak Pelan Mobi dengan rangkaian siri Samsung Galaxy Note 20 telah membukakan pesanan awal daripada orang ramai dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

    Setiap pelanggan yang membuat tempahan awal juga bakal membawa pulang hadiah sagu hati sumbangan daripada DST semasa majlis penyerahan telefon mereka hari ini.

    Sebagai sebahagian daripada kempen Promosi DST, pemegang kad Bank Baiduri juga berpeluang menikmati pulangan (rebate) $100 semasa mereka membuat pembelian penuh untuk Samsung Galaxy Note 20 menggunakan kad kredit Baiduri mereka dan juga mendapat 50 peratus pengecualian bayaran pemprosesan pada Pelan Ansuran 0 peratus mereka.

    Mereka yang berminat untuk melanggan kontrak perjanjian Mobi dengan Samsung Galaxy Note 20 boleh melayari laman web rasmi DST di www.dst.com.bn atau mengunjungi mana-mana cawangan DST.

    Awang Radin Sufri dan Pengiran Azaleen ketika melancarkan Pakej Kontrak Pelan Mobi dengan siri Samsung Galaxy Note 20 dan Note 20 Ultra.
    Awang Radin Sufri dan Pengiran Azaleen bergambar bersama para pelanggan Pakej Kontrak Pelan Mobi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda