Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    DST tawar had roaming, elak caj tidak dijangka

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Datastream Digital Sdn Bhd (DST) telah memperkenalkan Had Data Roaming baharu untuk pelanggan MOBI yang mengembara ke Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan United Kingdom.

    Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan oleh DST, hari ini, menjelaskan, had tersebut memastikan bahawa pengguna tidak akan menghadapi caj roaming yang tidak dijangka.

    Sebaik sahaja sampai di Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan United Kingdom, dan roaming telah diaktifkan, DST telah menetapkan Had Data Roaming pada kadar add-on data roaming terendah.

    DST kini dapat memastikan awda tidak akan lagi mengalami kejutan bil dan pelanggan juga digalakkan untuk roaming dengan DST.

    Sebagai jaminan tambahan, DST akan menawarkan pengecualian sekali sahaja untuk Had Data Roaming bagi mana-mana pelanggan MOBI yang mengembara ke Malaysia dan Singapura sehingga 31 Mac.

    Jika roaming diaktifkan, akan ada pengecualian sebanyak $4 untuk Had Data Roaming.

    GAMBAR SERAHAN DST
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda