Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    DST tawar pelbagai pelan hebat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – DST menawarkan pelbagai tawaran menarik dengan pilihan pelan kontrak telefon yang lebih luas kepada para pelanggannya di Pesta Pengguna ke-23 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Sehingga hujung bulan ini, para pelanggan berpeluang menyaksikan pelbagai model telefon seperti iPhone, Samsung dan Vivo bagi pelan Prima 4G yang ditawarkan oleh DST.

    DST juga menawarkan rebet langganan percuma satu bulan bagi pendaftaran pelan telefon 4G yang terpilih.

    Bagi mereka yang mencari pengalaman Internet 4G yang hebat, pelan-pelan pascabayar GO!broadband menawarkan data tanpa had, serta percuma telefon pintar atau peranti router rumah.

    Orang ramai juga berpeluang untuk menemui DJ radio KRISTALfm, siaran radio rasmi Pesta Pengguna ke-23, dan melihat mereka membuat siaran secara langsung.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda