Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    DST Tutong tampil dengan wajah baru

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang lebih mesra kepada para pelanggannya, DST telah melancarkan pembukaan semula cawangannya di Central Mall, Tutong, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Suhaimi bin Hussain, pihak pengurusan dan kakitangan DST.

    Majlis tersebut juga turut diselajurkan dengan majlis kesyukuran sempena pembukaan semula cawangan berkenaan.

    Menurut kenyataan DST, cawangan berkenaan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bersepadu DST termasuk transaksi pembayaran bil DST dan Kristal Astro serta perkhidmatan-perkhidmatan lain DST dan Kristal Astro.

    Awang Suhaimi ketika merasmikan pembukaan semula cawangan DST di Central Mall, Tutong.
    Awang Suhaimi ketika merasmikan pembukaan semula cawangan DST di Central Mall, Tutong.
    Sesi bergambar ramai bersama warga DST cawangan Daerah Tutong.
    Sesi bergambar ramai bersama warga DST cawangan Daerah Tutong.

    Ia dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 9 pagi hingga 4 petang, kecuali Hari Jumaat ia akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 11 pagi dan 2:30 petang hingga 4 petang.

    Menurut kenyataan itu lagi, pembukaan semula cawangan berkenaan merupakan sebahagian daripada siri pengubahsuaian yang sedang dilaksanakan kepada perkhidmatan pelanggannya untuk menyelaraskan, mengintegrasikan dan menyatukan tawaran perkhidmatan DST dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

    Pengubahsuaian tersebut telah bermula sejak 5 Mei hingga 29 Jun dan mula dibukakan kepada orang ramai mulai hari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda