Wednesday, January 15, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    D’Sunlit perkenal produk tempatan ke pentas global

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Dalam usaha untuk membantu memperkenalkan produk-produk pengusaha tempatan ke pasaran luar, D’Sunlit Sdn Bhd memperkenalkan Pesta Pengguna Antarabangsa yang merupakan sebuah inisiatif untuk membawa pesta yang sekian lama terkenal di Negara Brunei Darussalam ke pentas antarabangsa.

    Sehubungan dengan itu, penerangan mengenai insiaitif berkenaan diadakan semasa jerayawara yang dihadiri oleh peserta, rakan kongsi dan wakil media di Ibu Pejabat D’Sunlit Sdn Bhd, hari ini.

    Majlis tersebut menyaksikan penerangan mengenai Pesta Pengguna Antarabangsa yang disampaikan oleh wakil dari D’Sunlit, Wina, di mana beliau menumpukan penerangan kepada matlamat utama inisiatif itu iaitu untuk mengangkat perniagaan, mempromosi perdagangan dan meningkatkan kolaborasi merentas sempadan.

    Acara itu juga akan menyaksikan kerjasama strategik dengan Big Sabah Sale International Roadshow yang akan berlangsung di Kinabatangan, Sabah, Malaysia.

    Kerjasama tersebut adalah salah satu daripada pelbagai kerjasama yang dihasratkan bagi Pesta Pengguna Antarabangsa berkenaan.

    Big Sabah Sale akan diwakili oleh ahli panel yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah (SICC) Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, J.P; Pengurus Komunikasi Korporat SICC, Clara Lim, Pengurus Pembangunan Perniagaan D’Sunlit Sdn Bhd, Gavin Chai; dan Ketua Pemasaran dan Acara D’Sunlit Sdn Bhd, Kah Seng.

    Selain itu, para ahli panel turut berkongsi pandangan mereka mengenai peranan Pesta Pengguna Antarabangsa dalam menghubungan komuniti perniagaan dan pentingnya kolaborasi merentas sempadan.

    Pesta Pengguna Antarabangsa akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah pada 25 Oktober hingga 27 Oktober nanti. Ia merupakan peluang yang unik bagi syarikat-syarikat yang ingin untuk mengangkat perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa atau yang ingin untuk menjalinkan kerjasama dan kolaborasi melangkaui sempadan Brunei.

    Wina ketika menyampaikan penerangan mengenai Pesta Pengguna Antarabangsa. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Sidang media mengenai Big Sabah Sales International Roadshow. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang hadir pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda