Oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI –Sempena ulang tahun ke-40nya, D’Sunlit Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Gala Ruby ke-40 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, malam kelmarin.
Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan gemilang menggambarkan perjalanan yang telah dilalui syarikat itu sejak ia ditubuhkan sehingga ke hari ini.
Para tetamu juga disajikan dengan pelbagai variasi hidangan makanan unik yang mewakili kakitangan pelbagai budaya di syarikat berkenaan.
Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting dalam ucapannya antara lain melahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat menyokong perkembangan syarikat itu sehingga mencapai kejayaan seperti hari ini.
Majlis seterusnya dimeriahkan dengan pelbagai persembahan instrumental secara langsung, tarian dan penghargaan bagi penerima Anugerah Khidmat Lama yang telah berkhidmat selama 10 sehingga 40 tahun di syarikat tersebut.
Ia juga menyaksikan kek besar yang dibuat oleh ketua setiap jabatan di bawah D’Sunlit dengan jangkaan masa depan yang lebih cerah.