Sunday, April 6, 2025
30.3 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

D’Sunlit Sdn Bhd sambut TBC dengan meriah

Oleh Yusrin Junaidi –

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) masih terasa dengan acara-acara pejabat terbuka seperti yang diadakan oleh Syarikat D’Sunlit Sdn Bhd di pejabatnya di Perindustrian Beribi II semalam.

Wakil dari Syarikat D’Sunlit Sdn Bhd berucap pada majlis itu, berkata, pejabat terbuka merupakan satu tradisi di sambutan TBC dan ia bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu dan yang lain.

Acara semalam juga turut menjemput rakan kongsi pesta pengguna, pihak media tempatan, pempengaruh dan juga bloggers atas tujuan bagi mengucapkan terima kasih dalam sama-sama menjayakan acara Pesta Pengguna anjuran D’Sunlit Sdn Bhd yang telah berlangsung baru-baru ini.

Gambar ramai para tetamu yang hadir semasa sambutan TBC anjuran D’Sunlit Sdn Bhd. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda