Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Dua adik-beradik warga Thailand yang terlibat dalam aktiviti pelacuran dan tinggal melebihi masa di negara ini dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mendapati mereka bersalah selepas perbicaraan.
Pannipa Suksorn menerima hukuman tiga tahun enam bulan penjara yang dijatuhi Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof yang turut mengenakan denda $800 atau sebulan penjara jika gagal membayar. Manakala Somchai Suksorn dijatuhi 21 bulan penjara.
Pannipa turut didapati tinggal melebihi masa di negara ini sejak pas lawatannya mansuh pada Mac 2017 semasa serbuan dijalankan polis pada April 2019.
Antara Februari hingga Mac 2019, kedua-dua tertuduh telah mengupah 11 wanita warga Thailand berusia antara 35 hingga 43 tahun untuk aktiviti pelacuran di Kampung Kianggeh.
Kedua-dua mereka juga hidup atas hasil daripada aktiviti pelacuran.