Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dua ahli BARA terima pengiktirafan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Dua ahli Persatuan Rekreasi Pengembaraan Brunei (BARA), Pengiran Muhamad Rafie bin Pengiran Saiful Redzalli dan Jessamine Juanita Yee Kuan Mey, telah mencapai satu pencapaian penting dalam kerjaya olahraga apabila memperoleh Pensijilan Halangan Dunia FISO Tahap 1 dan 2.

    Program pensijilan yang telah dikendalikan oleh Persekutuan Sukan Halangan Filipina (POSF) dan dihoskan oleh Federation Internationale De Sports D’Obstacles (FISO) itu berlangsung di Bridgetowne Obstacle Park di Bandar Pasig, Metro Manila, Filipina baru-baru ini.

    Pengiran Muhamad Rafie dan Jessamine mengambil bahagian dalam pensijilan-pensijilan tersebut dan ini merangkumi rangkaian lengkap modul latihan penting untuk kejurulatihan dalam bidang perlumbaan berhalangan (OCR).

    Modul ini antara lain termasuk perundingan atlet, protokol kesihatan dan keselamatan, teknik kejurulatihan, serta prinsip OCR dan kecergasan berlari.

    Kedua-kedua peserta program tersebut berhasrat untuk meningkatkan taraf latihan OCR di Brunei, memupuk atlet dari pelbagai tahap kemahiran dan memupuk penglibatan masyarakat.

    Gambar ramai peserta dalam program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BARA

    Selain itu, mereka juga bercita-cita untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa, mengambil peluang mengikuti pertandingan dan acara OCR di dalam dan luar negara, seterusnya mencari peluang pembangunan profesional untuk meningkatkan kemahiran diri.

    Presiden BARA, Yasmin Patera menyatakan semangatnya untuk pencapaian ini, menekankan kesannya terhadap komuniti OCR Brunei, di mana pencapaian pensijilan Tahap 2 oleh jurulatih-jurulatih ini menandakan peristiwa penting bagi BARA dan Brunei.

    “Kami komited untuk membina pasukan OCR yang kukuh untuk Brunei. Dengan pensijilan ini, ia mewakili langkah penting ke arah matlamat itu,” jelasnya.

    Manakala, Pengiran Muhamad Rafie pula menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam mempromosikan sukan tersebut.

    “Ia memberikan inspirasi untuk melihat jurulatih dari negara jiran menyertai usaha ini dan bersama-sama untuk memacu pertumbuhan OCR di negara kita dan bersaing di pentas antarabangsa,” katanya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...