Friday, March 7, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua anggota polis maut di Queensland

    SYDNEY, 13 DIS – Pihak polis Queensland Australia hari ini berkata bahawa siasatan berhubung kematian ramai orang termasuk dua pegawainya dalam insiden tembakan di negeri itu sedang dijalankan.

    Insiden dilaporkan berlaku di Western Downs pada petang kelmarin apabila empat orang pegawai polis tiba di sebuah premis di Jalan Wains, Wieambilla berhubung siasatan mengenai kejadian orang hilang.

    Dua orang pegawai polis ditembak ketika mereka meng-hampiri lokasi itu, manakala seorang turut terkena tembakan dan maut. Dua lagi pegawai polis telah dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan, lapor Xinhua.

    Suspek, dua lelaki dan seorang wanita, maut ditembak ketika konfrontasi dengan pihak polis berlanjutan hingga 10:30 malam waktu tempatan, kelmarin.

    Pesuruhjaya Polis, Katarina Carroll menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi kehilangan nyawa terbesar pernah dilihat oleh Perkhidmatan Polis Queensland dalam satu insiden.

    Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengucapkan takziah kepada mangsa.

    “Adegan mengerikan di Wieambilla dan hari yang menyayat hati untuk keluarga dan rakan-rakan kepada pegawai polis Queensland yang terkorban ketika menjalankan tugas.” – Bernama

    Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian di mana dua pegawai polis terbunuh dalam insiden tembakan di Wieambilla, Australia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda