Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua anggota polis maut ditembak di Pattani

    PATTANI, 20 FEB – Dua anggota polis yang sedang bertugas maut ditembak sekumpulan lelaki bersenjata kelmarin di Yarang, Pattani, selatan Thailand.

    Ketua Polis Daerah Yarang, Kolonel Polis Warin Wangthongchai berkata dalam kejadian kira-kira 11:30 malam waktu tempatan, dua anggota polis masing-masing berusia 23 dan 35 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

    Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira 500 meter dari balai polis berkenaan.

    “Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang sedang melakukan rondaan ditembak empat lelaki bersenjata dari jarak dekat,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Beliau berkata polis turut menemukan empat jenis kelongsong peluru di tempat kejadian yang dipercayai digunakan oleh suspek, manakala pistol milik mangsa turut dilarikan oleh kumpulan itu.

    Mayat kedua-dua anggota polis telah dihantar ke Hospital Yarang untuk proses bedah siasat.

    Motif serangan masih dalam siasatan dan pihak polis kini giat menjejaki suspek di kawasan sekitar, katanya. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda