Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua anggota TUDB terima hidayah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Dua orang anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, hari ini.

    Kedua-dua saudara baharu berkenaan ialah 14892 SSjn (U) Khairul Anwar bin Misher dari No 6 Wing dan 15501 Sjn (U) Muhammad Azrin bin Abdullah Kapal dari No 5 Wing.

    Hadir menyaksikan majlis penuh keberkatan berkenaan selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud yang kemudian menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua saudara baharu.

    Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban, penyampaian cenderahati dan diakhiri de-ngan doa penutup yang dibaca oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Kementerian Pertahanan, 597 Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

    Saudara-saudara baharu yang diraikan pada majlis pengislaman yang berlangsung di Surah Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda