Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Dua orang atlet bina badan Negara Brunei Darussalam dari J.J Gym, mencatatkan kejayaan yang bermakna apabila mereka memenangi tempat pertama dan tempat ketiga dalam kategori berasingan di Kejohanan Bina Badan dan Kecergasan Amatur Antarabangsa Asia Pasifik ke-8, yang berlangsung di Quezon City, Filipina, kelmarin.
Dalam kejohanan itu, atlet bina badan, Awang Muhammad Ridwan bin Awang Omar mendapat tempat pertama dalam Kategori Champion On Classic Athletic Body Building Short & Champion of Champion On Classic Athletic.
Manakala Awang Muhammad Hadi Dinie bin Haji Abdul Rahman menduduki tempat ketiga dalam Kategori Men’s Body Building Tall.
