Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Dua anak tempatan dari Dudgym Fitness Team Gobang yang menyertai Kejohanan Bina Badan & Fizikal Mr Borneo, telah diumumkan sebagai juara dalam kejohanan yang berlangsung di Dewan Kebudayaan Penampang, Sabah, kelmarin.
Di kejohanan itu, Muhammad Al-Akif bin Elias yang menyertai dalam Kategori Terbuka 70kg Ke Atas telah berjaya merebut gelaran juara dalam kategori tersebut dan sekali gus dinobatkan sebagai Mr Borneo, sementara Mohd Fairus bin Mohd Tahir yang menyertai dalam kategori Terbuka 70kg Ke Bawah diumumkan sebagai juara.
Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib dan telah disertai oleh lebih 100 ahli bina badan yang bertanding menyahut cabaran yang dianjurkan oleh Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA).
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/12/Bina-Badan1-Muhammad-Al-Akif-dan-Mohd-Fairus-menjulang-gelaran-juara-di-area-sukan-Kejohanan-Bina-Badan-Fizikal-Mr-Borneo-Sabah.jpeg)