Oleh Muiz Matdani –
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Dua orang atlet telah dipilih untuk mewakili negara ke Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia Tenggara ke-18 yang berlangsung dari 16 hingga 20 Mei di Vientiane City, Republik Demokratik Rakyat Laos.
Presiden Persatuan Bina Badan dan Kecergasan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam; Presiden Persatuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia; Naib Presiden Persatuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia Tenggara, Awang Mohamad Rahemi bin Haji Abdul Manaf telah mengetuai rombongan berkenaan.
Dalam kejohanan itu, Awang Zulkarnain @ Aji bin Ahad mewakili negara dalam kategori Bina Badan Lelaki berat 70kg, manakala Awang Mohammad Zulkarnine bin Haji Ahmad pula bertanding dalam kategori Athletic Physique Lelaki bagi ketinggian sehingga 167cm.
