Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dua banduan lari dari mahkamah

    DHAKA, 20 NOV – Dua pelampau Islam yang dijatuhi hukuman mati berkaitan pembunuhan seorang penerbit telah melarikan diri dari mahkamah Bangladesh hari ini selepas pengawal mereka disembur kimia, kata polis.

    Kedua-dua lelaki tersebut adalah antara lapan ahli kumpulan diharamkan, Ansar al Islam yang dijatuhi hukuman tahun lalu kerana membunuh Faisal Arefin Dipan pada 2015, yang menjadi sasaran bagi penerbitan karya seorang penulis ateis terkemuka.

    “Ketika pegawai membawa keluar banduan, dua penunggang motosikal muncul dan menyembur muka mereka dengan cecair,” kata ketua detektif polis cawangan Harunur Rashid kepada pemberita.

    Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan mengarahkan pencarian kedua-duanya di seluruh negara dan menjanjikan habuan dua juta taka (AS$19,500) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan mereka.

    Polis telah melancarkan pencarian ke atas mereka. Kami percaya kami boleh menangkap mereka tidak lama lagi, kata Khan kepada pemberita.

    “Kami juga telah menutup sempadan supaya mereka tidak boleh meninggalkan negara ini.”

    K.N. Roy Niyati, jurucakap Polis Metropolitan Dhaka, berkata lelaki itu berusia 33 dan 24 tahun dan menggunakan pelbagai nama samaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...