Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua banduan maut cubaan lari penjara

    MANILA, 26 OGOS – Pegawai penjara Filipina mengatakan dua orang banduan terbunuh dan dua orang anggota polis cedera hari ini dalam tembakan semasa cubaan lari daripada penjara di Metro Manila.

    Jurucakap Biro Pengurusan Penjara dan Penologi, Xavider Solda mengatakan dua tahanan dari penjara bandar Marikina cuba merampas senjata daripada warden penjara bertugas, mengakibatkan kejadian tembak menembak. Siasatan ke atas insiden itu kini sedang dijalankan, kata Solda.

    Datuk Bandar Marikina, Marcy Teodoro mengesahkan kepada media tempatan bahawa dua pegawai polis dilaporkan cedera. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda