Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua bas bertembung ragut 46 nyawa di Uganda

    NAIROBI, 22 OKT – Dua buah bas bertembung di sebuah lebuh raya utama Uganda awal hari ini, mengorbankan 46 orang dan mencederakan ramai yang lain, menurut polis, selepas menyemak semula angka korban daripada 63 kepada 46 orang.

    Uganda, sebuah negara di Afrika Timur, terkenal dengan rekod keselamatan jalan raya yang lemah, dengan kemalangan melibatkan bas dan lori kerap berlaku di lebuh raya yang kurang diselenggara.

    Insiden terbaharu berlaku di Lebuh Raya Kampala-Gulu, daerah Kiryandongo, sejurus selepas tengah malam apabila dua buah bas ‘bertembung depan sama depan ketika percubaan memotong,’ menurut kenyataan polis yang dimuat naik di X.

    Salah seorang pemandu dikatakan membelok bagi mengelak perlanggaran, tetapi tindakannya mencetuskan ‘reaksi berantai’ yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat kenderaan lain termasuk sebuah lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Land Cruiser ‘hilang kawalan dan terbalik beberapa kali,’ menurut kenyataan itu. – AFP

    Insiden sebuah bas terlibat dalam kemalangan di lebuh raya yang meragut puluhan nyawa berlaku dekat Gulu, utara Uganda, pada 22 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda