Wednesday, November 20, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua beradik hilang ketika mendaki gunung

    ISTANBUL, 20 NOV – Pasukan Penyelamat Gunung sedang mencari dua beradik warganegara Belarus yang hilang sejak Isnin selepas mendaki di tengah Turkiye, kata Kedutaan Belarus hari ini.

    “Kami tidak mendengar daripada kedua-dua beradik itu dan masih mencari mereka,” kata jurucakap kedutaan kepada AFP.

    Kembar berusia 36 tahun itu pergi mendaki puncak Kizilkaya setinggi 3,771 meter (12,372 Kaki) pada Sabtu dan dijangka kembali ke kem pangkalan mereka pada Isnin, kata pejabat gabenor tempatan.

    Puncak Kizilkaya terletak di antara dua wilayah tengah Nigde dan Kayseri.

    Kira-kira 15 orang penyelamat terlibat dalam pencarian dua pendaki gunung itu, kata pihak berkuasa.- AFP

    Gambar hiasan Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda