Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua beranak OKU rentung dalam kebakaran

    PERAK, 1 JAN – Seorang warga emas dan anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU), rentung dalam kejadian kebakaran pondok yang berlaku di sebuah dusun di Gerik, Perak, Malaysia awal pagi tadi.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata laporan kejadian itu, diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik daripada pihak polis jam 7:38 pagi.

    “Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati, kebakaran tersebut melibatkan sebuah pondok yang telah musnah terbakar 95 peratus. Api telah padam sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

    “Terdapat dua mangsa perempuan, masing-masing berusia 76 tahun dan anaknya berusia 43 tahun yang merupakan OKU penglihatan, didapati rentung,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Sayani berkata mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis jam 9.00 pagi untuk tindakan lanjut. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda