Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua beranak rentung treler dipandu bapa rempuh belakang treler muatan kapas

    IPOH, 18 MAC – Dua beranak rentung selepas treler sarat dengan muatan pasir dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lagi treler yang sarat dengan muatan kapas lalu terbakar dalam kemalangan di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi. 

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pusat operasi menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan pada 7:46 pagi.

    Beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dihantar ke lokasi kejadian dan tiba pada 7:57 pagi. 

    “Komander operasi melaporkan bahawa kemalangan membabitkan treler muatan pasir yang melanggar bahagian belakang treler muatan kapas. Pemandu lelaki treler muatan pasir yang berusia lingkungan 40an, didapati tersepit dalam kenderaan yang rentung. 

    “Seorang lagi mangsa iaitu anak lelaki kepada pemandu, berusia lingkungan 20an turut ditemui rentung dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

    Sabarodzi berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – Bernama

    Gambar dari JBPM menunjukkan dua beranak rentung lori dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lagi treler yang sarat dengan muatan kapas lalu terbakar dalam kemalangan di Kilometer 331.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda