BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Majistret Abdul ‘Azim bin Othman kelmarin menjatuhkan hukuman ke atas dua warga Brunei kerana memasuki zon keselamatan secara haram di sekitar pemasangan luar pesisir di perairan Brunei.
Abdul Manap bin Haji Abu Bakar, 59, didenda $5,500, dengan hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.
Manakala hukuman denda sebanyak $3,000 dikenakan ke atas anaknya, Muhd Mahfz bin Abdul Manap, 32, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadap mereka di bawah Seksyen 132 (6) Perintah Perkapalan Pedagang 2002.
Ikuti berita lanjut dalam akhbar Media Permata keluaran 28 Ogos.