Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua buah rumah musnah dijilat api

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Dua buah rumah ranap dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Sumbiling Lama, Jalan Istana Darussalam, di ibu negara, petang tadi, bagaimanapun tiada korban jiwa dilaporkan.

    Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran berpunca daripada bekas minyak yang melekat di bawah tambak yang berlapikkan kertas selepas menggoreng keropok. Kerugian dianggarkan berjumlah $75.000.

    JBP melaporkan bahawa panggilan kecemasan mengenai kejadian itu telah diterima pada jam 4:54 petang dan tiga buah jentera dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan sebuah jentera dari Balai Bomba Berakas dikerahkan ke tempat kejadian dengan seramai 16 orang anggota yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi A, SSFR Yudieswandy bin Bakar. Api berjaya dikawal dalam masa 30 minit.
    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda