Wednesday, June 26, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Dua cedera ditembak disangka rusa

    KOTA BELUD, 23 MEI – Dua lelaki cedera ditembak akibat disangka rusa ketika mencari herba tumbuh-tumbuhan di kawasan kebun di Kampung Gaur, pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Shahrudin Mat Husain berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Unit Kecemasan Hospital Kota Belud pada jam 3:08 pagi.

    “Pihak hospital memaklumkan terdapat dua pesakit yang diberikan rawatan dipercayai terkena tembakan. Susulan kejadian ini, polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan merampas selaras senapang patah buatan sendiri ‘bakakuk’ bersama satu kelongsong peluru bagi membantu siasatan.

    “Siasatan mendapati, ketika kedua-dua mangsa dan suspek masuk ke kebun sebelum berpecah. Suspek yang membawa senjata berkenaan telah melepaskan tembakan ke arah mangsa yang disangkakan seekor rusa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut, paha serta kaki dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

    “Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dibaca bersama Seksyen 37 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

    Shahrudin turut menasihatkan orang awam supaya tidak menyimpan atau memiliki senjata api tanpa lesen sah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Serangan pisau di perhentian bas sekolah di China cederakan 3

    BEIJING, 25 JUN - Seorang lelaki ditahan selepas serangan pisau yang mencederakan tiga orang di bandar Suzhou di China, termasuk seorang ibu dan anak...