SEOUL, 1 MEI – Sebuah helikopter jabatan bomba, dinaiki tujuh penumpang terhempas di gunung Jiri, di wilayah selatan Korea Selatan pada hari ini, menyebabkan dua cedera, lapor agensi berita Yonhap.
Helikopter dalam misi menyelamat dua pendaki itu terhem-pas di puncak Cheonwangbong di daerah Sancheong, wilayah Gyeongsang Selatan, kira-kira 12:07 malam.
Menurut jabatan Bomba, helikopter itu membawa tujuh penumpang – lima kru dan dua pendaki. Lima pekerja penyelamat tidak mengalami kecederaan serius ketika terhempas kerana helikopter itu sedang terbang rendah. Dua yang cedera itu dikejarkan ke hospital. Punca kejadian masih disiasat. – Bernama