Sunday, October 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua cef Brunei naik podium dalam cabaran kulinari di M’sia

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Di antara ratusan peserta dari seluruh dunia, dua cef Brunei, Dayang Rohana binti Mahmud dan Awang Hardey bin Haji Husain kedua-duanya mencapai kedudukan podium dalam Cabaran Kulinari Global Malaysia (GCCM) ke-3.

    Pertandingan itu yang diadakan dari 2 hingga 4 Julai lalu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, Malaysia telah menyaksikan lebih 300 cef jemputan dari Brunei, Malaysia, China, Taiwan, India, Maghribi, Indonesia dan banyak lagi, bersaing dalam pelbagai kategori.

    Antaranya ialah Kategori Cabaran Memasak Ayam Rendang, di mana Dayang Rohana memperoleh pingat emas dan piala. Selain itu, beliau turut menerima pingat gangsa atas penyertaannya dalam Kategori Daging Rendang.

    Sementara itu, Awang Hardey turut meraih pingat perak dan gangsa bagi penyertaannya masing-masing dalam Kategori Ayam Rendang dan Kambing.

    Menurut GCCM, pertandingan itu bertujuan untuk mempromosikan kemahiran masakan dan budaya makanan di samping menyediakan platform kepada cef-cef yang mengambil bahagian untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman mereka dengan cef-cef lain yang mempunyai minat yang sama.

    Gambar ramai kedua-dua cef bersama penyokong mereka di akhir pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN ROHANA BINTI MAHMUD
    Masakan yang dimasak oleh Rohana bersama pingat yang diperolehnya. – GAMBAR SERAHAN ROHANA BINTI MAHMUD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda