Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua dalang utama sindiket pekerja asing ditahan

    PUTRAJAYA, 28 MAC – Dua lelaki warga asing dari Myanmar dan Bangladesh yang disyaki menjadi dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi operasi khas, kelmarin.

    Kedua-dua mereka yang berusia antara 50 hingga 52 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Akta Pasport 1966 (Akta 150) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

    Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata modus operandi sindiket adalah dengan menjalankan aktiviti sebagai ejen pekerja asing bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0) dengan menyasarkan warganegara sumber seperti Bangladesh dan Indonesia.

    “Sindiket ini menawarkan perkhidmatan seperti urusan pendaftaran permohonan program RTK 2.0 di pejabat imigresen dan dipercayai telah beroperasi selama setahun dengan bayaran yang dikenakan antara RM1,500 hingga RM2,000 bagi setiap pekerja asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Hasil semakan awal mendapati lelaki Myanmar itu berstatus Pemastautin Tetap (PR) manakala lelaki Bangladesh itu memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi Sektor Perkhidmatan yang masih sah laku dan kedua-dua mereka telah berkahwin dengan warga Malaysia. – Bernama

    Seramai 282 pekerja warga asing diperiksa dalam operasi di sebuah kilang di Gopeng pada 27 Februari lalu. Dua dalang utama sindiket pekerja asing telah ditahan baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda