Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua dicekup tinggal lebih masa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Seorang lelaki dan seorang perempuan warganegara asing telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Kuala Belait bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana didapati melanggar Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh. 

    Penahanan mereka dilakukan semasa Ops Tumpas JIPK 70/2022 yang dijalankan pada pukul 10:32 pagi hari ini di kawasan Stesen Terminal Perhentian Bas, Seria. Sementara itu, majikan yang terlibat telah diarahkan untuk hadir ke bahagian tersebut bagi siasatan dan tindakan lanjut.

    Sehubungan itu, ke arah aktiviti penguatkuasaan tersebut Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK)mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah Imigresen di mana sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya. Orang ramai bolehlah menghubungi ke talian hotline JIPK di talian 8734888 / 8753888 (BSB) atau 8984111 (KB).

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan Ops Tumpas bertempat di kawasan Stesen Terminal Perhentian Bas, Seria, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda