Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua didenda $100 buang sampah merata

    Rakaman CCTV menunjukkan individu membuang sampah di kawasan awam di Kampung Sungai Kebun. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JASTRE

     

    Oleh Daniel Lim

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Dua individu telah didenda $100 setiap seorang kerana membuang sampah di kawasan awam di Kampung Sungai Kebun.

    Denda itu dikeluarkan hari ini oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), yang menyatakan bahawa perbuatan itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran.

     

    Denda kompaun itu dikeluarkan di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Pindaan) 2021 dan individu terbabit diberi tempoh tujuh hari untuk menyelesaikan denda atau dihadapkan ke mahkamah.

    Jika didapati bersalah, denda antara $1,000 dan $3,000 akan dikenakan bagi kesalahan pertama; dan denda antara $3,000 dan $9,000 dan penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan berikutnya.

    Jabatan ingin mengingatkan orang ramai dan pemilik perniagaan supaya memastikan kebersihan persekitaran terpelihara.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda