Monday, April 21, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua didenda lebih $800,000

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Dua lelaki yang memiliki ratusan karton rokok seludup dijatuhi denda oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Mohammad Hafiz bin Tanjong, 30, diarahkan untuk membayar denda $473,600 selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid atas pertuduhan memiliki 230 karton rokok tanpa cukai, dan jika gagal membayar berdepan hukuman dua tahun penjara.

    Sementara itu, rakannya Mohammad Redzuan bin Haron@Harun, 34, yang turut mengaku bersalah memiliki 230 karton rokok seludup dikenakan denda $331,200 atau turut berdepan dua tahun penjara sekiranya gagal membayar.

    Kedua-dua defendan didakwa memiliki barang tegahan itu, yang ditemui dalam 19 kotak semasa pemeriksaan dijalankan dalam sebuah kereta di kawasan Perpindahan Kampung Mentiri pada jam 11:55 malam pada 29 Julai 2019.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda