MADRID, 29 OGOS – Sebuah feri penumpang terkandas di sebuah pulau berhampiran Ibiza di Sepanyol, menyebabkan seorang kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa memerlukan rawatan di hospital, kata pihak berkuasa hari ini.
Hampir 40 orang dipindahkan dari feri tersebut dan perkhidmatan penyelamat maritim Sepanyol berkata sebuah helikopter membawa enam orang, termasuk seorang kanak-kanak, semuanya memerlukan rawatan perubatan segera.
Presiden Kepulauan Balearic, Francina Armengol berkata bahawa seorang kanak-kanak dan seorang lelaki telah dimasukkan ke hospital.
Perkhidmatan penyelamat berkata bahawa feri dengan 35 penumpang serta sembilan orang kru membuat panggilan untuk meminta bantuan semalam setelah ia terkandas di sekitar sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni terletak di luar pelabuhan Ibiza. – AP