Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Dua suspek, seorang lelaki dan seorang perempuan telah ditahan oleh pihak polis kerana memiliki beberapa butiran disyaki peluru setelah pemeriksaan dilakukan di sebuah kediaman kawasan RPN Kampung Panchor Mengkubau. Penemuan tersebut diperolehi berdasarkan maklumat yang diterima menerusi laman media sosial yang menemukan satu pengguna akaun Facebook