Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan JKED
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Dua lelaki warganegara tempatan dan penduduk tetap telah ditahan kerana memiliki barang-barang tegahan kastam dalam satu gerakan operasi yang dijalankan di kawasan Jalan Mumong, Kuala Belait pada 11 Ogos lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kas-tam dan Eksais Diraja (JKED), di sini, barang-barang tegahan kastam berkenaan termasuk 76 karton, 123 paket dan 27 batang rokok pelbagai jenis serta 58 botol dan 36 tin minuman keras pelbagai jenis.
Kesemua barang-barang terbabit telah dirampas dan individu-individu terlibat telah dibawa ke Pejabat Penguat-kuasaan Undang-undang JKED untuk siasatan lanjut.
Manakala itu, turut menyertai pihak JKED bagi aktiviti pelupusan barang rampasan kastam berkenaan ialah agensi-agensi berkaitan seperti Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe). Proses pelupusan adalah dengan menghancurkannya menggunakan jentera berat.
Setakat ini bagi Ogos 2022, barang-barang rampasan kastam yang telah dilupuskan termasuk 99 karton rokok, satu paket rokok pelbagai jenis, 64 karton minuman keras, 312 botol minuman keras dan 20 tin minuman keras pelbagai jenis daripada kes yang lain.