Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua ditahan gagal kemuka pengenalan diri

    BELAIT, 25 SEPT – Dua warga asing telah ditahan semasa Operasi Kabat 103/2024 dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU) Cawangan Kuala Belait yang menyasarkan sebuah rumah sewa di Mukim Kuala Belait.

    Menurut kenyataan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), kedua-duanya telah dibawa ke BPU, Cawangan Kuala Belait bagi siasatan lanjut setelah gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

    Seorang daripadanya turut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15 (1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresen mansuh.

    Operasi tersebut adalah antara usaha untuk membanteras pesalah-pesalah imigresen yang berada di Negara Brunei Darussalam.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pesalah-pesalah imigresen adalah dialu-alukan untuk menghubungi terus hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan operasi menyasarkan sebuah rumah sewa di Mukim Kuala Belait. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda