Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua dituduh bekalkan bom bunuh wartawan Malta

    VALLETTA, 25 FEB – Dua orang lelaki didakwa di Malta kerana membekalkan bom yang telah membunuh wartawan antirasuah, Daphne Caruana Galizia.

    Dikenali sebagai ‘one-woman WikiLeaks’ yang mendedahkan kronisme dan pembunuhan di kalangan elit politik dan perniagaan Malta, Caruana Galizia terbunuh ketika keretanya diletupkan pada 16 Oktober 2017.

    Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan dan tunjuk perasaan antarabangsa yang memaksa perdana menteri Joseph Muscat untuk mengundurkan diri.

    Dua suspek berusia 37 tahun, Robert Agius dan Jamie Vella, didakwa semalam, seorang hakim mengumumkan dan dikenali polis kerana kaitannya dengan jenayah terancang di pulau itu.

    Pada Disember 2017, tiga lelaki lain didakwa atas pembunuhan itu.

    Salah seorang dari mereka, Vincent Muscat, mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, hukuman yang agak ringan setelah hakim mengatakan bahawa dia telah bekerjasama dengan polis selama bertahun-tahun. Agius dan Vella ditangkap pada hari yang sama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda