Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua dituduh rosakkan wayar tidak mengaku bersalah

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Seorang lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kerosakan dan percubaan untuk melakukan jenayah curi.

    Mohd Taha bin Haji Mat Zinin, 39, dan Hajah Jarinah binti Haji Ahmad, 50, didakwa menyebabkan kerosakan pada wayar tembaga dengan memotongnya dan percubaan untuk mencurinya daripada tingkat dua Kompleks Chempaka, Jalan Tutong pada 22 Mei 2018, kira-kira jam 11:07 pagi.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 13 Jun 2018 untuk menentukan tarikh perbicaraan kedua-dua tertuduh.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda